PETALING JAYA: Tentera Israel sekali lagi menunjukkan kekejamannya dengan menyasarkan sekolah dan pusat perlindungan yang menjadi tempat perlindungan sementara bagi rakyat Palestin yang telah kehilangan rumah mereka akibat serangan terdahulu. Serangan udara tentera Israel di Khan Younis yang menempatkan ratusan pelarian mengakibatkan kematian dan kecederaan yang melibatkan golongan kanak-kanak dan wanita yang tidak berdosa. Ketua Pegawai Eksekutif Aman Palestin di Gaza, Omar Seyam berkata, ia merupakan tempat bagi rakyat Palestin…










