SELAYANG: Sepasang suami isteri didakwa di Mahkamah Majistret Selayang di sini hari ini atas pertuduhan membunuh seorang kanak-kanak perempuan berusia lapan tahun, dua minggu lalu. Bagaimanapun, tiada pengakuan direkodkan daripada pengawal keselamatan, Mohamad Zulhelmy Amirrudin, 29, dan suri rumah, Norfazira Radzi, 30, sebaik pertuduhan terhadap mereka dibacakan di hadapan Majistret Chai Guan Hock kerana kes itu di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi. Mohamad Zulhelmy merupakan bapa tiri mangsa manakala Norfazira…








