PETALING JAYA: Hujan lebat dan ribut petir dijangka melanda beberapa negeri di Semenanjung sehingga pukul 12 tengah hari ini. Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) memaklumkan, kawasan-kawasan terbabit termasuk di seluruh Selangor, Kuala Lumpur, Putrajaya dan Pulau Pinang. “Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang juga dijangka berlaku di beberapa daerah di Kedah iaitu Kuala Muda; Perak (Kerian, Larut, Matang dan Selama, Bagan Datuk, Hilir Perak, Batang Padang dan Muallim); Pahang (Rompin);…