Hormati pendirian Malaysia

Hormati pendirian Malaysia

MOHAMAD HASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

REMBAU: Duta-duta asing di negara ini dinasihatkan supaya lebih berhati-hati dalam mengeluarkan sebarang kenyataan terutamanya berkaitan Palestin.

Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, mereka sewajarnya sedar bahawa mereka berada di sebuah negara yang rakyat serta kerajaannya mempunyai sentimen yang amat kuat terhadap kekejaman pembunuhan beramai-ramai rakyat Palestin.

“Walaupun seseorang duta tersebut bercakap atas asas negara masing-masing tetapi mereka berada di negara yang mereka tahu bahawa sentimen rakyat, kerajaan Malaysia adalah amat kuat terhadap menolak kekejaman genosid.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Walaupun mahu (Amerika Syarikat) menyokong Israel rakan sekutu tetapi tidaklah sampai boleh menyatakan bahawa itu perkara biasa dan merupakan the act of self defence (tindakan mempertahankan diri) oleh pihak rejim Zionis.

“Saya kesal dengan apa yang diperkatakan, bagaimanapun, saya hormat pandangan beliau itu, pandangan dari pihak negaranya,” katanya ketika mengulas mengenai wawancara sebuah portal media tempatan dengan Duta Besar Amerika Syarikat (AS) ke Malaysia, Edgard D Kagan.

Kagan dalam wawancara itu menjelaskan, Washington komi­ted untuk menamatkan pertum­pahan darah namun tidak bersedia untuk ‘berpaling’ daripada komitmen jangka panjang mereka terhadap keselamatan Israel.

Mengulas lanjut, Mohamad menegaskan, pembunuhan beramai-ramai di Palestin bukanlah sesuatu yang biasa dan pandangan tersebut adalah di luar batasan perikemanusian.

“Jangan sampai dia (duta) memperkecilkan pandangan ataupun cita rasa dunia, bukan Malaysia sahaja tetapi dunia untuk menidakkan kekejaman dan juga pembunuhan rakyat Palestin yang tidak berdosa,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini