KUALA LUMPUR: Bank digital pertama negara, GX Bank Berhad (GXBank) melabur RM1.5 bilion ke negara ini dalam tempoh lima tahun akan datang, sekali gus mengukuhkan kedudukan Malaysia dalam sektor perbankan digital. GXBank yang dibangunkan oleh Grab adalah berasaskan teknologi dan didorong syarikat induknya dalam memberi kesan ekonomi dan sosial serantau dengan meletakkan sasaran menerajui transformasi industri perbankan dan kewangan digital. GXBank dalam satu kenyataan memaklumkan, pelaburan itu merangkumi pelancaran inisiatif GX Untuk Semua yang menumpukan kepada pemupukan bakat teknologi tempatan, membangunkan kecekapan teras dan amalan industri terbaik serta penyelesaian inovatif. …
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya