Guru SK Bintong jahit sendiri Jalur Gemilang gergasi

Guru SK Bintong jahit sendiri Jalur Gemilang gergasi

MURID dan guru bergambar bersama Jalur Gemilang gergasi yang dihasilkan sendiri di Sekolah Kebangsaan (SK) Bintong, Kangar, Perlis, hari ini. - UTUSAN/ASYRAF MUHAMMAD
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KANGAR: Guru-guru dari Sekolah Kebangsaan (SK) Bintong di sini mengumpul dana bagi  menghasilkan Jalur Gemilang bersaiz gergasi untuk menyemarakkan sambutan Bulan Kemerdekaan.

Memuatkan artikel berkaitan…

Malah, mereka juga mengambil inisiatif menjahit sendiri 56 helai Jalur Gemilang bersaiz 66 x 15 kaki persegi itu.

Guru Besar SK Bintong, Zairi Bakar berkata, penghasilan Jalur Gemilang itu bermula selepas perbincangan antara guru bersama kakitangan sekolah dalam usaha menarik minat dan memberi faktor ‘wow’ demi keterujaan murid.

“Jalur Gemilang gergasi itu mengambil masa kira-kira seminggu untuk disiapkan sepenuhnya. Jalur Gemilang ini juga akan digantung sehingga Hari Kebangsaan nanti bagi menyemarakkan sambutan kemerdekaan dalam kalangan murid-murid,” katanya ketika ditemui bersempena majlis sambutan Bulan Kemerdekaan peringkat sekolah sini, hari ini.

Bersempena majlis itu, murid-murid SK Bintong berpakaian ala pahlawan bertemakan kemerdekaan sebagai simbolik bagi sambutan berkenaan. 

Selain itu, terdapat beberapa acara lain turut dianjurkan antaranya pertandingan TikTok Jiwa Merdeka, Hiasan Kelas Sudut Jiwa Merdeka dan pertandingan menghias basikal. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN