PUTRAJAYA: Seorang bekas pengawal keselamatan yang didapati bersalah melepaskan tembakan terhadap seorang juruwang warganegara Bangladesh semasa merompak sebuah kiosk stesen minyak pada 2016, diperintah oleh Mahkamah Persekutuan menjalani hukuman penjara 33 tahun. Panel tiga hakim diketuai oleh Datuk Harmindar Singh Dhaliwal mengetepikan hukuman mati terhadap Fairol Azman Amironzuki, 39, selepas membenarkan permohonan semakan untuk mengetepikan hukuman mati terhadapnya. Beliau yang bersidang bersama-sama Datuk Abu Bakar Jais dan Datuk Hanipah Farikullah…










