PETALING JAYA: Seramai 29 warga Myanmar termasuk lima ejen diberkas Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman selepas disyaki terbabit dalam aktiviti penyeludupan migran di sekitar Lembah Klang. Tangkapan dibuat dalam dua serbuan di Cheras dan Kajang kira-kira pukul 10.35 malam oleh Bahagian D3 Antipemerdagangan Orang dan Penyeludupan Migran (ATIPSOM) Bukit Aman. Kira-kira empat kediaman pangsapuri yang dijadikan sebagai lokasi transit diserbu. Ketua Penolong ATIPSOM Bukit Aman, Senior Asisten Komisioner Soffian Santong berkata, serbuan dijalankan berdasarkan maklumat dan risikan. Kata beliau, operasi memberi fokus kepada tangkapan migran yang memasuki negara ini…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya