Empangan Pedu menurun kepada 34.26 peratus

Empangan Pedu menurun kepada 34.26 peratus

ORANG ramai mengambil peluang mengutip lokan di kawasan tebing susulan dasar Empangan Pedu yang semakin menyusut di Padang Terap. – UTUSAN/SHAHIR NOORDIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ALOR SETAR: Paras takungan air di Empangan Pedu, Padang Terap mencatat sedikit penurunan semalam iaitu 34.26 peratus berbanding 34.55 peratus, semalam.

Penyusutan itu turut menyumbang kepada penurunan keseluruhan bekalan air dari tiga empangan kendalian Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) yang kini mencatatkan 39.86 peratus.

Berbanding kelmarin, paras air di Empangan Pedu, Empangan Muda dan Empangan Ahning merekodkan 40.07 peratus untuk kegunaan pertanian, domestik dan industri.

Bagaimanapun, bekalan air di Kedah masih jauh daripada paras kritikal yang mana situasi itu berlaku apabila Empangan Pedu menyusut sehingga ke bawah paras 15 peratus.

Semalam, Pengerusi MADA, Datuk Dr. Ismail Salleh berkata, takungan semasa sumber air di tiga empangan kendalian pihaknya diyakini mampu untuk menyalurkan bekalan itu bagi tujuan pengairan penanaman padi musim 2/2024, tahun ini.

Menurutnya, aktiviti menanam musim 1/2024 kini mencapai tahap 99.3 peratus iaitu seluas 99,963.9 hektar sehingga akhir bulan lalu, manakala berbunga pula mencapai keluasan 4,051.8 hektar.

Kawasan tanaman padi yang telah mencapai peringkat masak adalah berkeluasan sebanyak 67.4 hektar atau 0.10 peratus sementara akti­viti menuai juga sebanyak 0.10 peratus dengan keluasan 60.4 hektar sehingga 31 Julai lalu.

Justeru, petani dinasihatkan sentiasa mematuhi jadual penanaman yang ditetapkan untuk memastikan penggunaan air yang berkesan dan mengelak pembaziran. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN