SEREMBAN: Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Negeri Sembilan hari ini sebulat suara meluluskan usul tergempar mengutuk keras pembunuhan kejam Ketua Biro Politik Hamas dan bekas Perdana Menteri Palestin, Allahyarham Ismail Abdel Salam Ahmad Haniyeh pada 31 Julai lalu. Menteri Besar, Datuk Seri Aminuddin Harun yang bangkit membentangkan usul itu berkata, pembunuhan itu merupakan tindakan yang mencabuli undang-undang antarabangsa termasuk Undang-Undang Kemanusiaan Antarabangsa dan Piagam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB). Beliau berkata,…










