KUALA TERENGGANU: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Terengganu menahan dua buah lori tangki yang membawa muatan minyak diesel tanpa permit di kawasan perindustrian Chukai, Kemaman, semalam. Pengarahnya, Saharuddin Mohd. Kia berkata, lori tangki terbabit ditahan dalam serbuan Ops Tiris 3.0 yang disertai lima anggota dan pegawai penguat kuasa KPDN Terengganu di kawasan perindustrian tersebut kira-kira pukul 12.30 tengah hari. Menurutnya, hasil siasatan awal mendapati minyak diesel…