BESUT: Dua lelaki maut dalam kemalangan melibatkan sebuah motosikal berkuasa tinggi jenis BMW dengan sebuah Perodua Viva di Kampung Baru, Kuala Besut di sini. Timbalan Ketua Polis Daerah Besut, Deputi Superintenden Azrol Anuar Nor berkata, dalam nahas kira-kira pukul 9.35 pagi itu menyebabkan kedua-duanya mangsa maut di lokasi kejadian. “Mangsa yang meninggal dunia merupakan penunggang motosikal berkuasa tinggi, Mohd Alfendi Che Mat Nor, 38, telah mengalami kecederaan di kepala dan…