ALOR SETAR: Dua lelaki cedera setelah dirempuh sebuah kereta yang berlanggar dengan sebuah kenderaan lain sebelum terbabas dalam kejadian di kawasan riadah Taman Rimba, di sini kelmarin. Menurut Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Siti Nor Salawati Saad, kejadian pukul 7.37 malam dipercayai berlaku apabila terjadi perlanggaran antara dua kenderaan berkenaan di satu persimpangan kawasan tersebut. “Siasatan pihak polis mendapati kemalangan dipercayai berlaku apabila sebuah daripada kenderaan yang membelok ke kanan menuju ke arah Taman Golf dilanggar oleh sebuah kenderaan lain yang datang dari arah Wisma Darul Aman. “Perlanggaran…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya