Dakwa rombakan PDRM: Polis pangil tiga penulis portal berita  esok

Dakwa rombakan PDRM: Polis panggil tiga penulis portal berita esok

RAZARUDIN HUSAIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan memanggil tiga individu sebuah portal berita bagi membantu siasatan berhubung laporan mereka mengenai dakwaan akan berlaku rombakan besar-besaran kepimpinan tertinggi PDRM.

Mengesahkan perkara itu, Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, keterangan ketiga-tiga individu yang menulis berita tersebut  akan diambil kira-kira pukul 2.30 petang esok. 

Menurut beliau, keterangan mereka akan diambil di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi.

“Keterangan ketiga-tiga individu berkenaan akan diambil esok bagi membantu siasatan,” katanya di sini.

Terdahulu, Razarudin  menafikan laporan sebuah portal berita yang melaporkan PDRM dalam rancangan mengadakan rombakan besar-besaran kepimpinan tertinggi pasukan itu.

Portal itu yang  memetik sumber melaporkan antara pegawai yang terlibat dalam rombakan itu ialah Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Ayob Khan Mydin Pitchay dan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain. 

Kedua-dua pegawai tertinggi pasukan  itu dikaitkan dengan pertukaran ke Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) dan Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK). – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN