LENGGONG: Sebagai memperingati pengorbanan anggota unit 69 Komando (VAT 69), dicadangkan sebuah galeri khas menceritakan tentang pasukan itu dibina di Lenggong, Perak. Pemilihan lokasi itu dibuat memandangkan Lenggong dan kawasan Hulu Perak mempunyai nilai sejarah tempat pertempuran pasukan tersebut terutama memerangi pengganas komunis. Cadangan itu muncul sewaktu majlis perasmian Festival Pelancongan Warisan dan Patriotik Lenggong 2024 di sini hari ini yang turut dihadiri oleh Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani…