LENGGONG: Polis menahan tiga individu berhubung kes seorang bayi perempuan baru lahir ditemukan dalam keadaan masih bertali pusat di pekan Titi Serong, Parit Buntar kelmarin. Tiga yang ditahan itu termasuk seorang wanita dan dua lelaki, dengan seorang daripada lelaki tersebut merupakan individu yang membuat laporan polis berkenaan penemuan bayi tersebut. Ketua Polis Perak, Datuk Azizi Mat Aris berkata, kelmarin polis Daerah Kerian menerima satu laporan yang dibuat oleh seorang lelaki…