Bot berlanggar: Dua hilang, dua cedera

Bot berlanggar: Dua hilang, dua cedera

OP Carilamat dua lelaki hilang dalam pelanggaran dua bot di Perairan Pulau Sebangkat, Semporna diteruskan pada hari ini-IHSAN MARITIM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEMPORNA: Dua lelaki hilang manakala, dua lagi selamat apabila bot yang dinaiki mereka berlanggar dengan bot lain di Perairan Pulau Sebangkat Selasa lalu.

Pengarah Zon Maritim Semporna, Komander Maritim Amir Shubli berkata, Pusat Penyelarasan Penyelamat Maritim (MRSC) Kota Kinabalu mengaktifkan operasi mencari dan menyelamat (Op Carilamat) sebaik menerima maklumat polis pada pukul 6 pagi.

“Berdasarkan maklumat yang diterima, bot yang dinaiki empat orang mangsa dikatakan keluar ke laut pada 5 Ogos pukul 5 petang sebelum bot tersebut berlanggar dengan sebuah bot lain pada pagi keesokannya. Individu yang melanggar bot mangsa melarikan diri,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Amir berkata, dua orang penumpang dikenali sebagai Bocoi,30, dan Reymar,30, cedera parah di lengan, lutut serta belakang badan dan mangsa-mangsa dihantar ke Hospital Semporna.

Sementara itu, dua penumpang lain yang dikenali sebagai Rommek Tura,30, dan Jimal,30, masih hilang dan Op Carilamat yang memasuki hari ketiga hari ini diperluaskan kepada lima sektor dengan penambahan radius kawasan kepada 27 batu nautika persegi.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN