Bersatu kurang anak lelaki, parti sudah ‘mandul’ - Puad Zarkashi

Bersatu kurang anak lelaki, parti sudah ‘mandul’ – Puad Zarkashi

MOHD. PUAD ZARKASHI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) disifatkan sedang menghadapi krisis ketandusan pemimpin baharu sehingga terpaksa mencari ahli daripada parti lain termasuk UMNO.

Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Dr. Mohd. Puad Zarkashi bersetuju dengan kenyataan  Setiausaha Agung Pas, Datuk Seri Takiyuddin Hassan mengenai pencalonan Mohd Rizwadi Ismail yang mewakili Perikatan Nasional (PN) pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Nenggiri.

“Itu betul, Bersatu kurang anak lelaki kerana parti telah mandul. (Mereka) kena curi anak tiri lelaki dari parti lain termasuk dari UMNO,” katanya di dalam satu hantaran di Facebook, hari ini.

Terdahulu, media melaporkan, Takiyuddin menegaskan tindakan Pas memberi restu kepada Mohd. Rizwadi menyertai Bersatu seterusnya menjadi calon PRK Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri diumpamakan sebagai kakak menolong adik.

Beliau berkata, perkara tersebut tidak menjadi isu kerana tindakan Mohd. Rizwadi mendapat restu daripada pucuk pimpinan parti selain hubungan Pas dengan Bersatu seperti kakak dengan adik.

“Situasi yang berlaku apabila si adik (Bersatu) mempunyai ladang, kebun getah yang luas namun kekurangan anak lelaki menyebabkan dia meminta anak daripada kakaknya (Pas) untuk membantu.

“Manakala bagi pihak kakak (Pas), sudah tentu dia akan membantu apabila adiknya meminta pertolongan. Situasi inilah yang berlaku di PRK Nenggiri di mana adik beradik saling tolong menolong dan ia tidak perlu dijadikan isu,” katanya sebelum ini.

Sementara itu, Mohd Puad berkata, tindakan Pas menggambarkan parti itu sudah mengeluarkan fatwa baharu di dalam politik.

“Pas satu-satunya parti di dunia yang wajibkan ahlinya keluar parti untuk melompat ke parti lain. Kemudian dipaksa buat sumpah laknat supaya tidak melompat parti selepas menang.

“Ini fatwa baharu Pas dalam politik. İni bukan tebuk atap tetapi pecah pintu depan. Alasannya Bersatu kurang anak lelaki. Kena ambil anak tiri dari Pas,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×