Bekas atlet olahraga didakwa rogol remaja perempuan - Utusan Malaysia

Bekas atlet olahraga didakwa rogol remaja perempuan

BEKAS atlet olahraga yang didakwa merogol seorang remaja perempuan dihadapkan di Mahkamah Sesyen Kuala Terengganu, hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU: Seorang bekas atlet olahraga negeri ini didakwa di Mahkamah Sesyen atas tuduhan merogol seorang remaja perempuan, tahun lalu.

Ainur Haikal Danial Bahrudin, 24, bagaimanapun mengaku tidak bersalah hari ini sebaik pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Mohd. Zul Zakiqudin Zulkifli.

Mengikut pertuduhan, Ainur Haikal Danial didakwa merogol seorang remaja perempuan yang ketika itu berusia 15 tahun tujuh bulan.

Tertuduh didakwa melakukan perbuatan itu di sebuah rumah di Kampung Serada dekat sini kira-kira pukul 5 petang pada 30 September 2023.

Jika sabit kesalahan, tertuduh boleh dihukum penjara maksimum 20 tahun dan sebat di bawah Seksyen 376(1) Kanun Keseksaan (KK).

Tertuduh kemudian mengaku tidak bersalah dan memohon untuk dibicarakan dan tarikh sebutan semula kes ditetapkan 2 September depan.

Mahkamah kemudian turut membenarkan tertuduh diikat jamin RM7,000 dengan seorang penjamin.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Intan Nor Hilwani Mat Rifin manakala tertuduh diwakili peguam, Nurul Najmi Adila Mohd. Nasir. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN