KUALA LUMPUR: Datuk Seri Anwar Ibrahim akan mengadakan lawatan ke Vladivostok, Russia dalam tempoh beberapa minggu lagi bagi memenuhi undangan Presiden Vladimir Putin. Perdana Menteri berkata, antara perkara utama akan dibincang dalam pertemuan itu nanti adalah mengenai potensi kerjasama ekonomi yang boleh dikembangkan di antara kedua-dua negara. Lawatan itu diyakini dapat mempercepatkan lagi usaha negara menganggotai kumpulan ekonomi BRICS (Brazil, Russia, India, China dan Afrika Selatan) dalam keadaan Malaysia sudah…










