PUTRAJAYA: Seorang bekas pembantu kedai tayar dipenjara 35 tahun dan dikenakan 12 sebatan selepas Mahkamah Persekutuan hari ini mengetepikan hukuman mati kerana membunuh bekas tunangnya yang akan berkahwin dengan lelaki lain, sembilan tahun lalu. Panel tiga hakim diketuai oleh Datuk Harmindar Singh Dhaliwal memutuskan demikian secara sebulat suara selepas membenarkan permohonan semakan Muhammad Irshaduddin Khalis Nasurudin, 32, untuk mengetepikan hukuman mati terhadapnya. Beliau yang bersidang bersama-sama Datuk Abu Bakar Jais…