PETALING JAYA: Polis merakam keterangan bekas ahli Parlimen yang didakwa terlibat dengan kes gangguan seksual terhadap seorang wanita di sebuah pasar raya terkemuka di Kota Damansara di sini. Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Shahrulnizam Ja’afar berkata, pihaknya mengambil keterangan seramai 13 individu termasuk suspek dan mangsa bagi membantu siasatan. “Kes disiasat mengikut Seksyen 507A/509 Kanun Keseksaan,” katanya ketika dihubungi, hari ini. Media sebelum ini melaporkan satu video tular berdurasi 18…










