70 OKU sertai eksplorasi Belia - Utusan Malaysia

70 OKU sertai eksplorasi Belia

Ally Isyraf (berdiri, lima dari kanan) bersama Pengerusi Program Eksplorasi Belia OKU @Langkawi, Suraya Saad (berdiri, empat dari kiri), bergambar bersama sebahagian peserta OKU dan urus setia semasa Program Penutup yang diadakan di Pantai Tengah, di sini semalam
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LANGKAWI: Seramai 70 orang kurang upaya (OKU) dari seluruh negara mendapat pendedahan kepada dunia luar apabila dibawa menyertai Program Eksplorasi Belia OKU @Langkawi di sini.

Pengarah program, Ally Isyraf berkata, program ini diadakan bagi memberi peluang kepada golongan ini merasai pengalaman seperti masyarakat normal.

“Program ini diharapkan menjadi batu loncatan kepada mana-mana agensi untuk memberi peluang kepada golongan OKU menunjukkan kebolehan mereka yang selama ini hanya berada di dalam kelompoknya sendiri.

“Program ini juga akan memberi satu tanda kepada mana-mana penyedia perkhidmatan untuk memastikan fasiliti yang ditawarkan adalah mesra OKU,” katanya kepada sidang media semasa Program Penutup Eksplorasi Belia OKU@Langkawi, di Pantai Tengah, di sini, semalam

Ujarnya lagi, walaupun menghadapi kesukaran untuk menguruskan OKU daripada tujuh kategori seperti fizikal, pendengaran dan penglihatan, namun semangat yang ditunjukkan oleh peserta semasa program ini berlangsung wajar menjadi contoh kepada yang lain.

Tambahnya, antara program yang dilakukan mereka seperti lawatan ke kawasan tumpuan pelancong, aktiviti sukan, dan juga ceramah mengenai hala tuju yang boleh diambil oleh golongan ini.

Jelas Ally, kebanyakan golongan OKU ini pertama kali mencuba aktiviti yang dilakukan seperti masyarakat normal.

Salah seorang peserta, Siti Hajar Cumin, 36, OKU kerdil berkata, dia dapat memahami cara mengendalikan OKU yang lain.

“Walaupun saya pernah bercuti dengan kawan dan keluarga, tetapi ini merupakan pengalaman baharu apabila bersama-sama rakan OKU yang lain melakukan aktiviti seperti orang lain yang normal,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN