IPOH: Pembelajaran seramai 70 murid dan pelajar empat buah sekolah di Slim River terjejas kerana terputus hubungan untuk ke sekolah akibat kejadian kepala air baru-baru ini. Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Pengajian Tinggi, Belia dan Sukan Perak, Khairudin Abu Hanipah, kesemua mereka terputus hubungan untuk ke sekolah akibat kemusnahan jambatan penghubung kerana hentaman kepala air. Namun katanya, pihak pendidikan negeri dan daerah akan memastikan semua mereka dapat meneruskan pembelajaran termasuk dengan kaedah…