GAZA: Sekurang-kurangnya 30 maut selepas Israel menyerang dua sekolah di Semenanjung Gaza, Palestin apabila pihak tentera rejim mendakwa kemudahan itu dijadikan lokasi gerakan Hamas. Menurut Pertahanan Awam Gaza, 80 peratus mangsa adalah kanak-kanak dalam serangan itu yang membabitkan dua pusat pendidikan iaitu Sekolah Salama dan Al-Nasr, terletak di tengah Gaza. Lapor wakil Al-Jazeera, kebanyakan bangunan itu yang digunakan sebagai tempat perlindungan untuk pelarian di Gaza adalah sekolah, kerana ia adalah…










