2 pesawat bawa warga Palestin tiba di Pangkalan Udara Subang

Dua pesawat bawa warga Palestin cedera tiba di Pangkalan Udara Subang

SEBAHAGIAN warga Palestin yang tiba di Pangkalan Udara TUDM Subang, Shah Alam, hari ini. - FOTO/ISKANDAR SHAH MOHAMED
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Dua pesawat membawa warga Palestin yang cedera akibat konflik di Gaza selamat tiba di Pangkalan Udara Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Subang di sini, hari ini.

Pesawat A-400M milik TUDM dari Mesir itu tiba di kawasan berkenaan, kira-kira pukul 2.30 petang ini.

Tinjauan Utusan Malaysia mendapati sebahagian warga Palestin termasuk wanita dan kanak-kanak turun dari pesawat tersebut.

Sebahagian daripada mereka yang turut disediakan kerusi roda itu dibawa di hospital medan pangkalan udara tersebut.

Difahamkan, warga Palestin meliputi seramai 41 pesakit yang cedera manakala yang lain merupakan waris mereka.

Turut hadir, Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin yang meninjau keadaan pesakit dan hospital tersebut.

Terdahulu, Utusan Malaysia melaporkan seramai 40 orang awam Palestin yang cedera akibat konflik di Gaza diterbangkan ke Malaysia untuk menerima rawatan perubatan.

Kesemua warga Palestin yang menghadapi pelbagai masalah kesihatan termasuk kecederaan tulang dan melecur itu diterbangkan dari Pangkalan Udara Al Maza, Mesir menggunakan pesawat TUDM.

Pemilihan warga Palestin itu untuk mendapatkan rawatan di Malaysia dibuat atas arahan Presiden Mesir, Abdel Fattah el-Sisi selepas menerima permintaan dari Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Mereka akan menerima rawatan di hospital yang ditetapkan oleh Malaysia. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×