SHAH ALAM: Dua pesawat membawa warga Palestin yang cedera akibat konflik di Gaza selamat tiba di Pangkalan Udara Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Subang di sini, hari ini. Pesawat A-400M milik TUDM dari Mesir itu tiba di kawasan berkenaan, kira-kira pukul 2.30 petang ini. Tinjauan Utusan Malaysia mendapati sebahagian warga Palestin termasuk wanita dan kanak-kanak turun dari pesawat tersebut. Sebahagian daripada mereka yang turut disediakan kerusi roda itu dibawa di…










