KLANG: Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) merampas 150.26 juta batang rokok putih dan kretek menerusi pemeriksaan 14 kontena di Pelabuhan Barat dan Pelabuhan Utara, di sini pada 23 Julai dan 12 Ogos lalu. Rampasan itu melibatkan nilai barangan sebanyak RM18.13 juta dan cubaan mengelak cukai berjumlah RM89.80 juta. Pada tarikh sama JKDM turut mengesan dan merampas 30 tan tembakau dari sebuah kontena di Pelabuhan Utara bernilai RM3.18 juta dan cukai…










