Yusri harap anak buah teruskan momentum - Utusan Malaysia

Yusri harap anak buah teruskan momentum

YUSRI CHE LAH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Ketua jurulatih Perak FC, Yusri Che Lah berharap para pemain mengekalkan momentum seperti ketika meraih kejayaan ke atas Kelantan Darul Naim apabila bertemu Kuching City FC dalam saingan Liga Super di Stadium Perak di sini hari ini.

Selepas meraih kejayaan 3-1 ke atas Kelantan Darul Naim (KDN), Yusri yakin semangat The Bos Gaurus melonjak tinggi.

Lantaran itu, Yusri menuntut kemenangan ketiga daripada perlawanan ketiga di tempat sendiri pasukan itu.

“Kami belum pernah menang di gelanggang sendiri setakat ini. Jadi saya berharap kami mampu melakukannya dalam perlawanan ketiga mereka di tempat sendiri.

“Kesempatan dan kelebihan beraksi di tempat sendiri harus digunakan untuk mencapai kejayaan, ” katanya.

Sehubungan itu, jurulatih itu berharap anak buahnya mengekalkan momentum sama seperti ketika bertemu KDN di Kota Bharu sebelum ini.

“Kami mahu hadiahkan kemenangan ini kepada penyokong, ” katanya.

Begitupun, Perak akan turun tanpa khidmat kapten, Luciano Guaycochea gara-gara mengutip kad meraih di Kelantan.

Namun, Yusri yakin pemain yang mengambil alih tempat pemain Argentina itu mampu menjalankan tugas dan tanggungjawab yang sama seperti pemain tengah itu.

Yusri menghormati pasukan lawan yang menghuni kedudukan di atas pasukan bimbingannya itu.

Malah beliau mengingatkan anak buahnya bahaya lawan yang mempunyai kerja sama sepasukan yang mantap.

“Pemain Perak kena beri perhatian kepada gandingan Jordan Mintah dan Cheche Kipre yang cukup berbisa,” tambahnya. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN