YKM hulur bantuan kepada pelajar cemerlang SPM

YKM hulur bantuan kepada pelajar cemerlang SPM

Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkunjung ke kediaman Haziq Safwan Shahril di Kajang
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Yayasan Keluarga Malaysia (YKM) komited menyalurkan sumbangan kepada kanak-kanak pandemik  Covid-19 dengan menghadiahkan RM1,000 kepada pelajar cemerlang Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2023.

Semalam, Pengerusinya, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkunjung ke kediaman Haziq Safwan Shahril di Kajang bagi menyampaikan sijil kecemerlangan SPM.

Pelajar Sekolah Menengah Agama Persekutuan Kajang itu menerima wang tunai sebanyak RM1,000.

“Saya berharap bantuan yang diberikan kepada Haziq akan dimanfaatkan sebaiknya sewaktu menyambung pelajaran kelak.” katanya dalam satu kenyataan.

Dua lagi pemenang Hadiah Kecemerlangan SPM 2023 ialah Nur Alieya Nafisya Muhamad Farid dan Intan Elya Rumaisa Zainudin yang mencatatkan keputusan 6A.

Hadiah Kecemerlangan SPM 2023 ini akan dikreditkan bersama Bantuan Kasih YKM Fasa dua kepada para penerima yang layak pada 19 Julai ini.

Program Hadiah Kecemerlangan SPM 2023 dan Bantuan Kasih YKM Fasa dua melibatkan 515 penerima dengan implikasi kewangan hampir RM300,000.

Ismail Sabri berkata, bantuan bagi fasa dua itu bukti komitmen berterusan YKM dalam membela nasib anak-anak yatim dan yatim piatu Covid-19. –UTUSAN 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN