PADANG TERAP: Seorang wanita dipercayai warga Thailand ditemukan maut disyaki akibat ditembak di tepi jalan berdekatan Durian Burung, di sini, petang semalam. Ketua Polis Daerah Padang Terap, Deputi Superintenden Mulkiaman Manzar berkata, pihaknya menerima maklumat mengenai kejadian itu kira-kira pukul 7 petang. “Sepasukan anggota yang dihantar ke lokasi kejadian mendapati ada kesan tembakan pada wanita berkenaan. Namun siasatan lanjut masih dijalankan,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini, hari ini. Tambahnya, mayat dihantar ke Jabatan Forensik, Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di Alor Setar untuk bedah siasat dan kes disiasat mengikut…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya