PETALING JAYA: Polis menyiasat kejadian kebakaran di sebuah pangsapuri di Taman Lembah Maju, Ampang dekat sini sehingga mengakibatkan seorang wanita ditemukan rentung. Dalam kejadian pukul 9.44 malam tadi, seorang wanita disahkan meninggal dunia di tempat kejadian manakala seorang lelaki cedera di kaki, tangan serta muka. Difahamkan si mati dan lelaki yang cedera itu pasangan kekasih. Semasa kebakaran didakwa lelaki itu baru pulang dari tempat kerja dan cuba menyelamatkan mangsa namun…










