GUA MUSANG: Seorang wanita nyaris maut selepas motosikal yang dia tunggang dihempap muatan kayu balak dibawa sebuah lori ketika sedang mengambil selekoh di lampu isyarat dekat Persimpangan Bendahara, Jalan Gua Musang-Kuala Krai di sini, hari ini. Dalam kejadian kira-kira pukul 11.23 pagi itu, mangsa, Siti Norelyana Kamaruzan, 21, yang bekerja sebagai jurujual di sebuah pusat beli-belah di sini dihantar ke Hospital Gua Musang untuk rawatan lanjut. Mangsa dikatakan sedang dalam…









