PETALING JAYA: Langkah kerajaan menyasarkan penurunan jumlah hutang dan defisit fiskal secara berperingkat bertujuan untuk tidak mahu menjejaskan rakyat. Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, sekiranya kedua-dua perkara itu dilaksanakan secara mengejut dan drastik, ia akan memberi impak kepada projek sedang dijalankan termasuk usaha membantu rakyat dan pembangunan. Beliau justeru berkata, pentadbirannya mengunjurkan sasaran defisit fiskal 4.3 peratus pada tahun ini setelah kejayaan menurunkan kepada lima peratus pada 2023…










