ARAU: Dua remaja istimewa yang menghadapi masalah autisme antara 748 pelajar baharu diploma yang mendaftar di Universiti Malaysia Perlis (Unimap), semalam sekali gus menjadi pelajar autisme pertama menuntut di universiti berkenaan. Amir Asyraf Mohd. Azmir, 18, dan Akhmal Aiman Mohd Kamal, 18, memilih Unimap kerana tertarik dengan konsep universiti itu yang berteraskan teknologi dan kejuruteraan namun sentiasa mesra orang kurang upaya (OKU). Dua pelajar itu yang berasal dari negeri ini…










