UMNO tuntut RM100 juta pada ‘pengkhianat’ UMNO tuntut RM100 juta pada ‘pengkhianat’

UMNO tuntut RM100 juta pada ‘pengkhianat’

ASYRAF Wajdi Dusuki semasa sidang media di Menara Dato Onn.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: UMNO bakal memulakan tindakan undang-undang bagi menuntut ganti rugi dan pampasan sebanyak RM100 juta terhadap wakil rakyatnya yang ‘lompat’ parti.

Setiausaha Agungnya, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki berkata, keputusan itu diambil selepas Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi UMNO bersetuju untuk meneruskan tindakan undang-undang.

Menurut beliau, tuntutan pampasan sebanyak RM100 juta adalah sepertimana perjanjian yang dimeterai terhadap wakil rakyat yang sudah meninggalkan dan membelakangi pendirian parti.

“Mesyuarat bersetuju untuk pihak peguam UMNO memulakan tindakan undang-undang bagi menuntut ganti rugi seperti mana perjanjian yang dimeterai,” katanya semasa sidang media di Menara Dato Onn, di sini.

Perkara ini dipercayai berkait dengan tindakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rembia, Datuk Muhamad Jailani Khamis yang menyertai Pas.

Perkara itu sebelum ini diumumkan oleh Setiausaha Agung PAS, Datuk Seri Takiyuddin Hassan dengan kemasukan Muhamad Jailani ke parti itu berkuat kuasa Jun tahun lalu.

Sebelum ini, UMNO menggantung keahlian Muhamad Jailani.

Sementara itu, Asyraf Wajdi berkata, pemimpin-pemimpin UMNO akan berkampung di Nenggiri untuk Pilihan Raya Kecil (PRK).

“Mesyuarat memutuskan untuk seluruh Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO untuk berkampung dan menyelaras gerak kerja jentera UMNO dan Barisan Nasional (BN) di setiap pusat daerah mengundi,” katanya.

PRK Nenggiri akan berlangsung pada 17 Ogos ini dengan penamaan calon dan undi awal ditetapkan masing-masing pada 3 dan 13 Ogos.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN