Tuntutan 40 peratus: Sabah belum terima maklum balas Kementerian Kewangan

Tuntutan 40 peratus: Sabah belum terima maklum balas Kementerian Kewangan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA KINABALU: Kerajaan Sabah masih belum menerima sebarang maklum balas bertulis daripada Kementerian Kewangan berhubung tuntutan 40 peratus hasil negeri daripada kerajan Persekutuan.

Peguam Besar Negeri Sabah, Datuk Brenddon Keith Soh berkata, jawatankuasa kerajaan negeri telah menyediakan tuntutan rasmi yang dikemas kini sebagai persediaan untuk rundingan yang akan diadakan.

Tuntutan tersebut telah dihantar kepada Kementerian Kewangan pada 18 Jun 2024 dengan surat susulan pada 11 Julai lalu.

Sehingga kini, Kementerian Kewangan masih belum memberi sebarang maklum balas secara bertulis.

Jika dilihat sejak 2022, sebanyak lapan permohonan rasmi telah dibuat oleh kerajaan negeri kepada kerajaan Persekutuan untuk mendapatkan data kewangan. Namun, tiada sebarang maklum balas diterima daripada permohonan tersebut.

Justeru, perkara itu telah dibawa kepada Jawatankuasa Teknikal Majlis Tindakan Pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963 (JTMTPMA63) pada 28 Mei lalu.

Malah, kerajaan negeri memaklumkan kepada jawatankuasa tersebut bahawa Sabah akan mengambil inisiatif untuk mengira hasil bersih berdasarkan data kewangan yang sedia ada. JTMTPMA63 dimaklumkan oleh Kementerian Kewangan bahawa rundingan akan diadakan secara berasingan pada bulan Jun lalu.

Menurut Brenddon, semasa persidangan Parlimen pada 16 Julai lalu, Kementerian Kewangan Malaysia telah mengesahkan bahawa kerajaan Persekutuan komited untuk membincangkan kadar Pemberian Khas baharu untuk negeri Sabah.

Oleh itu, kerajaan negeri tetap bersedia dan mampu untuk memulakan rundingan lanjut mengenai Pemberian Khas yang layak diterima oleh negeri Sabah.

Menerusi rundingan bersama kerajaan Persekutuan, kerajaan negeri telah menerima peningkatan pembayaran Pemberian Khas secara penyelesaian interim (tanpa menjejaskan hak perlembagaan) sebanyak RM125.6 juta pada 2022 dan RM300 juta pada tahun lalu.

Selaras dengan Perkara 112D (6) Perlembagaan Persekutuan, sekiranya kedua-dua kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri Sabah tidak dapat mencapai persetujuan mengenai mana-mana perkara berkaitan semakan Pemberian Khas, perkara tersebut hendaklah dirujuk kepada penaksir bebas dan syor penaksir bebas mengenai perkara itu hendaklah mengikat kepada kedua-dua Kerajaan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×