Tuduh saya berlagak sebab berkaca mata hitam atas pentas - Haziq Rosebi - Utusan Malaysia

Tuduh saya berlagak sebab berkaca mata hitam atas pentas – Haziq Rosebi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Penyanyi, Haziq Rosebi, 36, enggan ambil pusing terhadap tindakan segelintir pihak yang mengutuk penampilannya berkaca mata hitam ketika mempersembahkan lagu-lagu tradisional di hadapan umum.

Kata Haziq, dia memilih untuk tidak melayan kata-kata negatif, sebaliknya membiarkan perkara itu berlalu sendirinya.

“Ada yang tuduh saya berlagak sebab berkaca mata hitam atas pentas. Terserah kepada individu-individu ini untuk bercakap apa sekali pun.

“Mereka tidak tahu saya hidap ketakutan melampau (anxiety), sehingga terpaksa makan ubat dan jumpa psikiatri.

“Dan apabila menyanyi di pentas, saya mudah terganggu dengan reaksi orang sebab saya akan mencari raut wajah penonton yang nampak kesilapan nyanyian saya.

“Pakai kaca mata hitam adalah cara saya atasi masalah itu. Benda itu buat saya selesa dan yakin untuk menyanyi depan orang ramai,” katanya yang ditemui ketika program Mendayu Dalam Pantai Bisikan Bayu baru-baru ini.

Pemilik nama sebenar Hazwan Haziq Rosebi itu memaklumkan berdepan cabaran untuk mengawal masalah anxiety yang dideritainya sejak zaman kanak-kanaknya lagi.

“Masalah ini bukan baru berlaku, sebaliknya menghantui saya sejak kecil. Kesan daripada dibuli masa sekolah.

“Sampai sekarang saya masih bergelut untuk menangganinya. Sebab itu bila orang kutuk saya pakai kaca mata hitam atas pentas, saya tak kisah.

“Saya pakai (kaca mata hitam) bukan untuk nampak bergaya. Ada sebab disebaliknya,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×