PETALING JAYA: Tiga remaja yang melakukan lagak samseng jalanan di Lebuh Raya Kuala Lumpur-Seremban, dekat sini, ditahan polis, semalam. Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri berkata, operasi itu dijalankan sepasukan Unit Risikan Operasi JSPT Bukit Aman. Katanya, tangkapan pertama pada 12.30 tengah malam membabitkan dua penunggang motosikal berusia 18 tahun. “Seorang lagi berusia 17 tahun ditahan setengah jam kemudian di lokasi…









