PETALING JAYA: Tindakan tiga lelaki warga Filipina menggunakan Mykad palsu terbongkar dalam serbuan Ops Pengawal Keselamatan di sebuah premis perniagaan sekitar Puchong, Selangor kelmarin. Malah, ketiga-tiga mereka didapati bekerja sebagai pengawal keselamatan menggunakan Mykad tersebut. Bahagian Penguat kuasa Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) berkata, siasatan awal mendapati suspek memperoleh MyKad palsu itu daripada ejen pada harga RM250. “Tiga pengawal keselamatan ditahan selepas disyaki menggunakan salinan Mykad palsu sebagai identiti mereka di…










