LUMUT: Keluarga kepada salah seorang mangsa yang hilang ketika mencari siput belitung di Pantai Remis dekat sini hampir dua minggu lalu, tidak berputus asa mencarinya hingga dijumpai semula. Menurut Rasiah Yahya, 29, mereka lima beradik akan terus berusaha mencari bapa, Yahya Harun, 55, yang dilaporkan hilang ketika mencari siput belitung bersama rakannya, Azman Mat Jaab, 61, yang juga hilang, di kawasan Sungai Tuntung, Pantai Remis, dekat sini. Beliau mengakui lokasi…










