HULU SELANGOR: Teman lelaki Nur Farah Kartini Abdullah yang ditahan polis semalam direman seminggu bermula hari ini sehingga 22 Julai. Perintah tahanan reman ke atas penjawat awam berusia 26 tahun itu dikeluarkan Hakim Mahkamah Sesyen, Nurul Mardhiah Mohammed Redza. Siasatan ke atas suspek dilakukan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan. Suspek tiba di perkarangan Mahkamah Majistret Kuala Kubu Bharu pada kira-kira pukul 8.48 pagi tadi diiringi anggota polis. Terdahulu, polis…