BALING: Keluarga kepada Prebet Muhammad Syafiq Hilmi Abdul Halim, 22, anggota Batalion Ke-7 Rejimen Sempadan (RS) yang hilang ketika bertugas di sempadan melahirkan rasa syukur ekoran penemuannya dalam keadaan selamat. Kakaknya, Syazwani, 24, berkata, mereka sekeluarga sentiasa berdoa setiap hari setelah diberitahu adiknya yang merupakan anak ketiga daripada lima beradik hilang ketika menyertai Op Ukur bersama Jabatan Ukur dan Pemetaan (Jupem) di sempadan Malaysia-Brunei di Limbang, Sarawak. “Syukur Alhamdulillah, adik Syafiq selamat ditemui walaupun 19 hari dia sesat dalam hutan. Sejak kehilangan adik, kami tidak putus-putus berdoa supaya dia ditemui…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya