PETALING JAYA: Anggota polis yang didakwa atas pertuduhan membunuh Nur Farah Kartini Abdullah dikenakan tindakan tahan kerja. Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, Bukit Aman sudah menerima cadangan daripada Ketua Polis Perak untuk menahan kerja anggota polis terbabit. “Bukit Aman menerima cadangan itu untuk menahan kerja anggota polis terbabit,” katanya ketika dihubungi di sini. Terdahulu, anggota polis itu dilaporkan didakwa di Mahkamah Majistret Kuala Kubu Bharu, dekat sini, semalam atas pertuduhan membunuh Nur Farah Kartini yang mayatnya ditemukan di sebuah ladang kelapa sawit. Lans Koperal Muhammad Alif Monjani,…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya