PETALING JAYA: Pertabalan Duli Yang Maha Mulia Yang di-Pertuan Agong Ke-17, Sultan Ibrahim di Istana Negara hari ini melakar satu lagi detik bersejarah bukan sahaja buat sistem Raja Berperlembagaan bahkan kepada seluruh rakyat Malaysia. Mana tidaknya, istiadat menjulang kedudukan Yang di-Pertuan Agong sebagai payung kepada rakyat merupakan sistem yang diwarisi sejak tahun 1957 iaitu sebaik sahaja Persekutuan Tanah Melayu diisytiharkan merdeka. Pada masa ini, istiadat gilang gemilang itu diadakan di…