Simulasi serangan pengganas di Balai Polis Kuala Berang - Utusan Malaysia

Simulasi serangan pengganas di Balai Polis Kuala Berang

ANTARA anggota polis yang terlibat dalam simulasi serangan balai polis di Balai Polis Kuala Berang, Hulu Terengganu, hari ini. - UTUSAN/NOOR HAYATI MAMAT
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

HULU TERENGGANU: Seramai 75 anggota dan pegawai polis menyertai simulasi serangan balai polis di Balai Polis Kuala Berang di sini, hari ini.

Dalam simulasi selama dua jam bermula pukul 9 pagi melibatkan kejadian balai polis tersebut diceroboh dan diserang kumpulan pengganas.

Ketua Polis Daerah Hulu Terengganu, Deputi Superintenden Zainul Mujahidin Mat Yudin berkata, simulasi tersebut bagi memberi pendedahan serta sebagai kesiapsiagaan sekiranya berlaku kejadian balai polis diserang.

Beliau berkata, simulasi serangan balai polis yang melibatkan enam ahli kumpulan penganas itu merupakan pertama kali diadakan di Terengganu.

“Kita ingin memastikan pegawai dan anggota sentiasa bersedia sekiranya berlaku sebarangan ancaman atau sebarang situasi tidak diingini.

“Simulasi ini juga bertujuan memastikan faktor keselamatan di balai polis sentiasa berfungsi dengan baik,” katanya ketika ditemui di sini, hari ini.

Zainul Mujahidin memberitahu, simulasi itu turut melibatkan kerjasama Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Berang, Pejabat Kesihatan Daerah Hulu Terengganu dan Hospital Hulu Terengganu.

Jelasnya, agensi terlibat berperanan membantu menjayakan simulasi tersebut kerana melibatkan kebakaran dan kecederaan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN