LIPIS: Siling kantin Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kuala Lanar dekat sini runtuh malam tadi namun tiada kecederaan dilaporkan. Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Lipis, Haslizan Ramli berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan 9.10 malam sebelum sepasukan 10 anggota bergegas ke tempat kejadian dengan menaiki dua buah jentera. “Sebaik tiba di lokasi, komander operasi melaporkan terdapat runtuhan siling di kantin sekolah berkenaan. Turut berada di tempat kejadian adalah pihak Jabatan Kerja…










