SETIU : Seekor lagi beruang matahari berjaya ditangkap selepas memasuki perangkap yang dipasang di Kampung Padang Serai di sini, semalam. Pengarah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Negeri Terengganu, Loo Kean Seong berkata, beruang jantan seberat 140 kilogram itu memasuki perangkap tersebut pada pukul 4 pagi. Menurutnya, Perhilitan turut berjaya menangkap seekor beruang jantan pada 20 Jun lalu di kampung tersebut. Menurutnya, Perhilitan memasang perangkap tersebut selepas menerima…