PETALING JAYA: Perkembangan kes kanak-kanak autisme, Zayn Rayyan Abdul Matiin kembali menjadi sorotan umum apabila Mahkamah Sesyen di sini dijadualkan mendengar prosiding sebutan terhadap kedua-dua ibu bapanya, Zaim Ikhwan Zahari dan Ismanira Abdul Manaf, pagi ini. Jun lalu, Zaim Ikhwan (tertuduh pertama) dan Ismanira (tertuduh kedua) didakwa bersama-sama atas pertuduhan mengabaikan Zayn Rayyan, 6. Pasangan itu dikehendaki hadir di hadapan Hakim Dr. Syahliza Warnoh bagi sebutan kes untuk status penyerahan…