Rumah terbiar jadi perpustakaan

Rumah terbiar jadi perpustakaan

ROHANI Abdullah membaca buku yang terdapat di Perpustakaan Rohani di Pulau Duyung, Kuala Terengganu. - UTUSAN/ZAID MOHD. NOOR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU: Perpustakaan Rohani di sebuah rumah di perkampungan nelayan di Pulau Duyung di sini, semakin dikenali dan dikunjungi ramai sejak dibuka pada 2019.

Perpustakaan tersebut yang menempatkan kira-kira 3,000 buku tempatan dan luar negara dibuka oleh Christine Longuet atau nama Islamnya, Rohani Abdullah, 81.

Kebanyakan koleksi buku yang terdapat di perpustakaan itu adalah milik Rohani dan sumbangan orang ramai termasuk dalam kalangan penulis buku sendiri.

Memuatkan artikel berkaitan…

Rohani yang memiliki Ijazah Sarjana Muda dari Universiti Sorbonne, Paris berkata, perpustakaan tersebut adalah sebuah rumah terbiar yang dibeli bersama arwah suaminya, Wan Osman Wan Abdullah untuk menempatkan buku-buku simpanannya.

Katanya, buku-buku yang terdapat di perpustakaan itu bukan sahaja dalam bahasa Melayu, malah bahasa Jerman, Perancis, English dan Cina.

“Kebanyakan buku yang ditempatkan di perpustakaan itu berkaitan pelayaran, tumbuhan, bahasa dan seni serta sejarah Pulau Duyung.

“Namun, buku-buku lain seperti puisi, cerpen, novel dan majalah juga terdapat di perpustakaan ini,” katanya ketika ditemui Utusan Malaysia di Pulau Duyung di sini, semalam.

Rohani yang tinggal di perkampungan nelayan itu sejak 53 tahun lalu berkata, perpustakaan itu mempunyai dua video dokumentari pendek kemasyuran Pulau Duyung iaitu ‘Anak Duyung’ berkisarkan sebuah bot tradisional dan ‘Domang Selamat’.

“Pengunjung juga berpeluang melihat beberapa peralatan lama yang terdapat di atas kapal pelayaran,” katanya.

Beliau bekata, dia masih menerima sumbangan buku daripada orang ramai untuk diletakkan di perpustakaan itu. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini